"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 12 January 2015

Homemade marinara sos

Macam gempak je kan padahal sos tomato je..hehehe..oleh sebab senang sangat nak buat marilah kita beramai-ramai buat sendiri.kalau simpan dalam fridge at least 3 hari still sedap lg.kalau buh dalam freezer lagi lama la kot.
Bahan-bahan :

Tomato potong dadu-nak buang kulit pon boleh.kalau nak buang kulit,kelar x mark kat bontot tomato dan rebus dalam air mendidih dalam 3 minit.then keluarkan dan remdam dalam ais untuk hentikan tomato masak.boleh peel off kulit tomato dah.

Bawang putih-dicincang halus.tapi iols ketuk je dengan anak lesung batu sampai penyek.haha
Dried basil-tak payah beli brand mahal macam mcCormick.ada brand murah HEXA kat tesco.rasa sama je.

Cuka epal
Serbuk cili
Garam gula

Cara-cara:

• panaskan minyak.tumis bawang putih sampai naik bau.
•masukkan serbuk cili.kacau sampai garing.masukkan dried basil tumis lagi sampai naik bau basil.
♢kalau nak taruk cendawan butang atau terung boleh masukkan masa ni.
•masukkan tomato dadu.kacau sampai tomato nampak layu.perasakan dengan cuka epal,garam dan gula.kacau dalam 5 minit dah siap.
*kalau pecahkan telur pon sedap.makan dengan nasi putih panas atau cicah dengan roti..
*untuk seafood marinara,boleh masukkan seafood selepas masukkan tomato.

Selamat mencuba masak sendiri..gambar takde sebab tak sempat nak buat lagi sejak bersalin ni..huhu

**updated on 4th february 2015..kuah marinara campor cheesy powder..sedap menjilat siku..

No comments:

Post a Comment