"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday 11 January 2015

Berpantang selepas bersalin

Setelah mengalami bersalin dan berpantang sebanyak 2 kali,bolehlah dikatakan bahagian yang susah bukan part mengandung atau part nak bersalin tapi part nak berpantang tu.lepas bersalin macam2 luka yang mummy hadapi.normal pantangnya cara lain.kalau kene cesarean lain pulak lukanya so cara pantang pon lain jugak.even normal luka pon ada levelnya.first,second, or third degree tear..dan elasticity kulit kita pon berbeza.apepon sebenarnya kita yang lebih faham keadaan diri kita..
Untuk first time mommy,ini hanya basic je ok.

♡bengkung-bukan bengkung yang balut takat perut tu.ini yang balut sampai punggung.kalau taknak peha dan punggung besar gedabak sila pakai yang sampai punggung tu okey.sebabnya semasa peknen badan kita retain banyak air.jadi masa berpantang sesuai sangat nak hilangkan water retention tu.

♡berurut dan bertungku-sila berurut secepat yang boleh lepas bersalin.sebab selepas bersalin colostrum iaitu susu awal akan dihasilkan untuk bayi.bawakla sekali minyak habatussawda dan hot pad.duduk dalam ward tu urutla boobies untuk melancarkan pengeluaran susu. Kene urut dan bertungku untuk keluarkan darah beku.selalunya kalau lepas berurut dan bertungku memang darah nifas keluar clear je.badan pon rasa ringan.berurut penting untuk membetulkan kedudukan peranakan.so jangan pandang remeh bab urut bertungku ni.

♡minum banyak air- kalau folo orang tua2  zaman mak2 kita depa tak bagi minum air banyak.takot rahim kembang.kesannya ibu berpantang kene sembelit teruk.ngeri betui.tapi sekarang keluar je hospital bila nurse kkia datang melawat dorg akan bagi ubat lawas.hospital pulak akan bagi pain killer.

♡breasfeeding-kepada yang berniat nak fulky breastfeed,sentiasa diskas dan dapatkan sokongan orang sekeliling terutama suami.sebabnya breastfeed ni bukan mudah.tambahan pulak kalau takde sokongan moral orang tersayang.sertai group di facebook dan pegi kelas penyusuan.

♡ makanan orang berpantang kene jaga betul.nak elakkan dari badan masuk angin.takot salah makan jadi bentan pula.selalunya menu ibu berpantang ni nasi putih dan lauk ikan bakar atau rebus dan sup.early weeks berpantang normal la lauknya ditaburi dengan halia yang super banyak.nak bagi badan panas.mak mentua selalu akan masak lauk dan tambah sekali habatusswda.tak kira la ikan masak asam ke ape ke semua ada halia dan habatusswda..hahaha..

♡teruskan sambung makan vitamin prenatal.masa anak sulung agak stressed sebab lepas bersalin tak makan apa pon multivitamin padahal nurse ada cakap boleh terus sambung makan vitamin.so kali kedua ni memang teruskan je makan prenatal vitamin terutama vitamin C sebab nak bagi luka cepat baik..b complex untuk penukaran protein kepada tenaga dengan efisien.ostematrix untuk memastikan blood pressure maintain,sumber kalsium dan nak elak sembelit.

♡penjagaan luka.sentiasa kerap tukar pad.tiap kali lepas ke tandas,selepas cuci dengan air dab tempat luka bagi kering sebelum pakai pad baru.jangan la gosok pulak kang tetas jahitan..penting pastikan luka sentiasa bersih untuk elak jangkitan dan memastikan proses penyenbuhan berjalan dengan sempurna.

Semoga tips yang tak seberapa ni memberi manfaat.tips berdasarkan pengalaman sendiri.so mana yang sesuai bolehla amalkan.mana yang tidak boleh abaikan.hehehe..

Happy confinement and babymooning..♡♡♡

No comments:

Post a Comment