"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 18 December 2014

Bersalin anak ke dua

Ini adalah overdue entry.anak dah nak masuk dua bulan baru nak up cerita.tapi okeyla jugak.cerita nak bersalin anak first tak ter-up pon lagi..hihi
Alkisah 6 November 2014 punya ceritera..
Dalam jam 430pagi terasa sakit perut macam nak berak.tunggu punya tunggu tapi takde rasa nak ke toilet pon.dalam hati dah rasa mesti nak bsalin dah ni tapi mata pejam lagi.nantok..huhu..
Jam 530pagi kene bangun jugak.dah terasa contraction setiap 1/2 jam.bangun g toilet dah ada bloody show tapi mucus plug belum lagi.kejut husband cakap pagi ni kene g spital dah.rasa macam nak bsalin hari ni jugak.semoat capai phone dan bukak apps untuk track contraction.by 630pagi contraction dah setiap 15mins..huhu..bersiap semua dalam kol 8pagi gerak g spital.
Sampai spital dalam jam 815pagi.of course takde parking.dah namanye spital kan.maka pusing2 seluruh spital selayang.merapu sampai lalu kediaman staff bagai.hahahha..jalan2 sambil layan surge.dah dekat kol 9pagi hubby pon cakap,kalau takde jugak parking dia drop je kat lobby.sambil2 baca dan zikir apa yang patut,Alhamdulillah  ada satu parking.dekat jejantas melintas selayang capitol.jauh giler dari lobby maternity.tapi layankan jer la sebab takde rasa nak terberak lagi,cuma surges je.
Maka berjalanlah mak buyung menahan surge sambil berpaut pada bahu incik hubby.jauh jugal dalam 500meter nak sampai ke maternity tu.kene lintas lobby klinik pakar dulu.sambil jalan pelan2 sambil2 zikir.tapi masa nak sampai je kat lobby klinik pakar,tiba2 rasa macam nak terkencing.memang tak boleh tahan air keluar macam pecah ketuban.panic kami laki bini kat situ.yang lawak lepas air laju macam ketuban tu,boleh pulak mak buyung ni jalan cepat.hahaha..so sementara ada momentum pecut je.tapi sekejap je pon.pastu dah rasa surge sekali dengan nak terberak.siap cakap kat hubby rasanya ni dah dilate 7cm ni..poyo kan.hahahha..sampai je depan lobby maternity hubby mintak wheel chair sebab dah tak boleh nak jalan.nurse dekat lobby tanya datang kenapa.agaknya perut kecik kot.lepas tulis apa yang patut hubby tolak naik ke dewan bersalin.
Sampai kat kaunter dewan bersalin dalam kol 940am dia screening pulak tanya kenapa datang.adoila datang sebab nak beranak ler.lepas check memang dah dilate 7cm pon.so terus kene tolak ke labour room.masa nurse tengah tolak tu pulak dah rasa nak teran.maka terpusing ke fetal positionla sekejap.nurse dah menjerit takut jatuh dari katil.iols buat tak tau je.dah sakit mana nak pikir orang cakap apa.hahah..dah sampai ke labour room nurse relax2 lg.yerla kata baru 7cm.then nak kene naik katil lain.masa ni rasa memang dah nak bersalin sangat2 dah.hahah..nurse dok bising2 cakap nak letak ctg and blood pressure.kene la marah dengan mak buyung.saya tengah tahan surge ni.boleh tunggu kejap.dia membebel kata takut heart beat baby tak cantikla ape la sume tidak ku hiraukan.i am in control of my body.bila surge dah lepas cepat2 naik katil and dorg pon strap blood preasure and ctg.then tak sempat dorg nak cucuk masuk air surgw datang lagi.dokte cepat2 check skali dah fully dilate.maka dalam labour room tu dah jadi kartun.nurse bercempera sana sini sebab patient dah nk bersalin.masuk LR tak sampai 10mins dah nak bersalin.kuikuikui..
So bermula sesi teran meneran.bezanya kali ni surhe tu rasa tak kuat sangat and cepat je hilang.first teran memang tak rasa pon.dokte siap cakap okey the technique  is there just push longer.siap affirmed kan kata dalam 4kali push okeyla ni..memang 4kali pon.hahahah..kali ke 4 tu memang all out.konon2 visualization kepala baby and cervix bukak macam rose petals tu ntah ke mana.hahaha..yang tau masa nak teran memanh tak angkat punggung,tangan pegang buku lali dagu rapat ke dada and push sambil teran and curi2 amik nafas..Alhamdulillah  setel jugak.keluar2 je cik abam ni terus kencing.hahaha..then nurse bagi skin to skin dengan baby and bagi baby breastfeed.siap kene puji la abam yusuf ni pandai nyusu..hoho
Masa lepas bersalin tu dokte tanya nak donate blood through blood cord tak.angguk je la kan.untung boleh tolong orang lain yang memerlukan.
Sebab 1st degree tear dokte cakap kene jait jugak untuk cepatkan recovery.sebelum jait kene bius.lepas jait dia amik darah untuk buat test sebab dah donate darah tadi.just to rule apa2 penyakit je.
Lepas dah siap semuanya tungggu masa nak masuk ward.sejak government dah ada online system HRMIS GL pon dah tak payah bawak.nurse pon setiap setengah jam masuk nak check blood pressure.borak2 dengan sorang nurse ni.dia yang cerita bulan june 2014 baru ada ward 1st class.bila dia tau yang hubby cikgu terus dia tolong check and bagi nama untuk ward 1st class.tapi huru hara jugak sebab sistem down.kene mintak tolong kerani skolah fax GL ke ward..Alhamdulillah.dalam kol 1pm dah masuk wad.nurse di ward pon pelik.sebab masa call nak book kol 940am baru je 7cm dilate.alih2 kol 1pm dah masuk wad.sengih je kami laki bini..
Every 6hours ada nurse datang check blood pressure.dan dorg akan tanya dah kencing ke belum.baby dah kencing berak ke.ada rasa sakit dada ke,pening kepala ke.dan akan ada dokte tanya nak merancang kaedah apa.bila jawab chart ovulation dia macam tak paham.nurse pulak yang explain kat dia.haha.tapi maybe sebab dia lelaki dan muda lagi.kendian dia tanya tau ke cara nak jaga luka jahit.iols explain kata lepas urinate cuci je bersih2 dan sebelum pakai pad baru keringkan dulu.dia angguk and cakap okey bagus.yerla..anak kedua dah kot.haha.
The next day dokte pakar yang check.dengan segerombolan bala tentera of dokte dan nurse.dia check uterus,dah 16weeks size.maksudnya mengecut cepat.dia tanya lagi baby menyusu ok ke.and check luka jugak.sempat tanya dokte sebab ada rasa sakit macam contraction tu sebab apa.dokte cakap tu sebab uterus mengecut.orang tua2 cakap rengat.adoila sakitnya ngadu plak kat dokte.hahah.dokte tanya lagi nak merancang guna apa.bila cakap guna calendar dia okey je.tapi dia cakap kalau boleh biar anak breastfeed sampai 2 taun.sempat dia tanya anak first breastfeed ke tak.cakapla still breastfeed tapi bukan exclusive.dia cakap bagusla.and sempat jugak tanya yang nurse kkia selalu suruh stop breastfeed kalau peknen sebab takut gugur.dokte cakap yang tu sebab anak tu bukan betul2 nyusu.kalau anak nyusu betul2 memang contraction takkan triggered.so terjawab audah persoalan hamba.
Jadi hari esoknya jumaat 7 november 2014 baliklah kami ke rumah.kesian cik choman tak jumpa ummi 2 hari..😢 itulah ceritera beranakkan eden yusuf yang sungguh cepat..Alhamdulillah.

P/s: next time kalau dah nak kene g spital baik pakai je disposable panties.
Even dah ada system online,bawak je la GL.just in case system down tak bolwh nak check.
Jangan lupa makan kurma banyak2 dan minum air sebelum nak g bersalin.nanti takde tenaga nak push and badan penat.
Kalau nak bersalin di spital selayang,jangan risau makanan dia sedap..hahaha

No comments:

Post a Comment